salam..
rasanya tersangat lama aku tidak menafsirkan perjalanan hidupku di dalam blog ni..
dalam masa yg lama ni.. banyak sebenarnya perkara yg berlaku.. perkara yg akan menjadikan ku lebih matang dan akan terpahat di dalam memori ku..smoga ianya kekal di dalam ingatan..
setelah habis semua posting yg aku lalui sebagai seorg student dan aku bersedia untuk menduduki peperiksaan akhir lebih dikenali PRO3 untuk mencapai title yg tersangatla berat responsible nya yakni MD..
suasana PRO 3 ...
PRO3 tidak semua diantara kita merasai bagaimana gementarnya dalam mengharungi exam ni.. hanya yg terlibat dpt merasainya.. exam yg paling xkan ku lupakan adalah sewaktu exam di bumi USM ni dlm mengejar cita2 mendapatkan title MD..
PRO3 hanya seminggu berlangsung.. setelah 5tahun berusaha, jatuh bangun , sedih dan gembira dalam menjalani kehidupan seorg pelajar perubatan maka tibalah kami di uji...
exam ni start hari ahad dan berakhir pada hari ahad seterusnya..
PRO3 exam merangkumi klinikal dan teori . teori terbahagi kpd 2 MCQ(kertas1&2) MEQ(kertas1&2).manakala klinikal terbahagi kpd OSCE, long case exam and 3short case exam
HARI AHAD: MEQ 1&2
HARI ISNIN: OSCE
kami dibahagikan dlm kump than dijadualkan samada pg atau tgh hari.. mujur aku tgh hari sempat la nk tgk skit selepas otak kepenatan dlm menjawab MEQ.. letih tangan menggoreng dlm esei xlg relieve..adusss
OSCE 30 station: setiap statio 5 minit.. teori and aktif station:semuanya kena berfikir dgn pantas dlm menyelesaikan exam ni..huh mencabar.. mmg menguji thp emotional kita.. ya la.. abis satu station than terus ke station sterusnya.. kalu x berapa yakin dgn station yg telah kita lepas kena teruskn semula tanpa perlu berasa down or blank.. ini lah cr yg diuji untuk mendapatkn title MD ni.. supaya tidak cpt berasa down dan perlu berfikir dgn pantas dan tepat..
osce..osce..huhu..
HARI SELASA: LONG CASE..
exam yg penting dan menguji pelajar dlm mengambil sejarah
penyakit patient dan membuat pemeriksaan fizikal.. than present to the examiner..
1 jam sj untuk clerk ptnt than 30 min bersama examiner.
mmg mendebarkan .. byngkan berapa bertimbunnya jenis penyakit yg ada kat mnuka bumi ni dan kami terpaksa berteka teki penyakit apa yg akan kami jumpa untuk amik sejarah pesakit dr pesakit ni..
huh..
Alhamdulillah semuanya aku lalui dgn yakin dan insyaAllah terbaik dariku...
HARI RABU: SHORT CASE- 3 CASE yg aku terpaksa di uji yakni surgical case disbbkan aku dah
dpt case medical dlm long case..
Surgical( O&G, Ortho, and surgery)
semuanya berjalan lancar.. aku hnya mampu lakukan yg terbaik dan termampu seterusnya tawakkal jln yg terakhir..
so aku dpt rest hari khamis hingga sabtu..
Hari AHAD: MCQ(paper1&2)
paling menariknya MCQ ni.. kami perlu menjawab 1000 soalan untuk kertas 1&2.. mmg bengkak la tngn yg mencoret atas kertas mcq tu..
4.30 ptg ahad tu.. maka dgn rasminya aku tamat dlm PRO3 yg mencabar ..
jantung terus berpalpitation hingga ke hari terakhir.. hari khamis pd minggu yg sama dgn exam mcq.. maka result pun akan di umumkan..
hari Keputusan yg mendebarkan:..15 April 2010
15 April sebelumnya hanya merupakan tarikh keramat yg aku ingati di mana lahirnya seorng putera dari pasangan yg bahagia Kamalul Khusus dan Hatijah
Tp kali ini ianya tepahat dlm diari hidupku dan juga rakan2 yg mana tarikh ini bakal menjadi tarikh kami dilahirkan sebagai seorang doktor dari perut ibu kami iaitu USM kampus kesihatan..
saat ni la saat yg tersangat mendebarkan.. suasana dlm dewan pada mulanya bising kerna berkumpulnya semula kawan2 ..ada yg datang bersama famili dgn harapan yg tinggi untuk berkongsi kegembiraan yg tersangat berharga...
aku tidak terlepas untuk berkongsi kegembiraan berharga ni.. aku datang bersama isteri tersayang yg menjadi seseorg yg penuh sabar dlm menyokong dan membantu kejayaan besar ku ni...
diri ni mendaki tangga dewan dengan penuh rasa takut dan berdebar.. dan berdoa semoga keputusan yg akan diumumkan ini adalah terbaik buatku..
maka saat yg di nantikan tiba..nama satu persatu di umumkan oleh dekan PPSP..dari Ahmad..B, C,D F G H J satu persatu aku menanti dgn ketakutan dan berdebarnya jantung ni hanya tuhan yg tahu disamping tepukan gemuruh rakan2 yg telah diumukan nama dan keceriaan terpancar dr wajah mereka..... maka sampaila giliran k yg merupakan abjad pertama bg nama aku,...
Dekan dgn kuatnya mengumumkan Dr Khairil Ridzwan Kamalul Khusus..aku berdiri megah hanya memanjatkan kesyukuran buat Rabbula'lamin .. tepukan gemuruh dan rakan semua berpaling ke arah aku... aku berdiri dgn perasaan yg bercampur sedih dan gembira..di samping isteriku yg turut gembira sambil memelukku dan ucapan tahniah di ucapkn buatku..
aku gembira segalanya telah berakhir.. aku telah berjaya mendapatkn cita2ku..
aku sebak terharu, bergenang air mataku .. kerna aku merasakan segalanya telah aku lepaskan cabran kehidupan ku sepanjang 6 tahun di bumi USM yg penuh cabaran dan dugaan ini... penat lelah usaha yg di lakukan.. akhirnya aku berjaya membuktikan aku boleh berjaya...
Alhamdulillah ucapan yg hanya dpt aku ucapkan tunduk syukur ku kepada MU ya ALLAH..
setelah selesai semua upacara memartabatkan doktor baru kami teruskn dgn ikrar sebagai doktor..
Maka aku kini bergelar Dr Khairil Ridzwan Kamalul Khusus..
dan aku terus sedar dr lamunan yg kegembiraan ini sebenarnya hanya sementara setelah aku mengingati bertapa besarnya peranan dan tanggungjawab seorng doktor MUSLIM...
15APRIL: lahirnya aku sebagai seorang doktor di hari lahirku..